Friday, March 11, 2011

Pertama Kali Aku Mengaktifkan Blog

...Assalammualaikum...


Ini adalah kehidupan aku sekarang di bumi KMNS




Hari ini aku mengaktifkan kembali penulisan blog. Blog yang buruk ini telah lama aku buka. Kira-kira 2 tahun lalu iaitu pada bulan Mei 2009. Masa tu aku dalam tingkatan 6. Pada tahun tersebut aku mengambil subjek Teknologi Maklumat. Kalau tak silap aku lah. Dalam subjek tu memang kena buat web iaitu blog ini la.


Dulu masa buat aku tak tahu macam mana nak guna. Apa kejadah blog pun aku tak tahu. Dulu aq mana ada kemudahan macam sekarang. Sekarang ni pun aku online kat Cyber Cafe aka CC kat KMNS. Kalau aku kat rumah memang tak buat lah semua ni.


Apa yang aku buat dalam blog ini ialah suatu perkongsian cerita dari pengalaman lepas mahupun yang berlaku dalam hidup aku. Kiranya macam diari aku lah. Orang dulu nak tulis Diary semua dalam buku. Bila zaman dah berubah, dunia dah maju semua beralih pada teknology macam blog ini. Jadi guna lah ia sebaiknya. Jangan sampai ianya ditarik balik.


Kalau nak tahu lagi pasal apa yang aku buat tiap-tiap masa boleh lah layari blog aku yang tak seberapa ni. Thanks kepada mereka yang sudi support my blog. I very appreciate it.


Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...